MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY

Semuanya tentang kehidupan anda-Sembanglah apa saja topik anda!
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
YAHOO SEARCH

VISITOR LOCATION
IP



WORKSHOP/SEMINAR
WORKSHOP LAMAN WEB

TOPIK: Web Peribadi
TARIKH: 21 atau 22hb 02, 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Laman Minisite
TARIKH: 21 - 22hb 03, 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 500.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


TOPIK: Laman Web Forum
TARIKH: Mac 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 200.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


TOPIK: Laman Web Blog
TARIKH: Mac 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 320.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Home Web Practical
TARIKH: Terbuka
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 70.00 per day
TEMPAT: Rumah anda


USAHAWAN INTERNET

TOPIK: Perniagaan Online
TARIKH: PENUH!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 160.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


SEMINAR PELAJAR

TOPIK: Selepas S.P.M
TARIKH: Terbuka!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Vokasional
TARIKH: Terbuka!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

Maklumat lanjut:
www.e-webniaga.com
MY GOOGLE GROUP

Email:

BUSINESS INFO

LAMAN BUAL BICARA
POLL ANDA
Poll Anda
ARTIKEL PERNIAGAAN
Teknik mudah untuk berjayaTeknik mudah untuk berjaya!
1. Berjaya kerana SERASI
2. Berjaya kerana SUKA
3. Berjaya kerana JUJUR
4. Berjaya kerana IMPIAN
5. Berjaya kerana GAGAL

Teknik menjual:
Kenali Pelanggan anda!
Menggunakan konsep ASK!
1. APA?
2. SIAPA?
3. KENAPA?
4. KESIMPULAN?

 

Teknik menjual produk:

A. Start with 7 Keys!

1. IMPIAN

2. TEKAD

3. BELAJAR

4. SEMANGAT

5. SABAR

6. KONSISTEN

7. FOKUS



 

 Apabila si kecil menerima adik baru

Go down 
2 posters
AuthorMessage
adriana




Number of posts : 11
Registration date : 2009-01-28

Apabila si kecil menerima adik baru Empty
PostSubject: Apabila si kecil menerima adik baru   Apabila si kecil menerima adik baru EmptyThu Jan 29, 2009 9:53 am

Apabila si kecil menerima adik baru

KELAHIRAN seorang bayi boleh mendatangkan banyak perubahan kepada
setiap ahli keluarga. Manakan tidak, sebelum kelahiran, pasti ibu dan
ayah membuat persiapan seperti membeli keperluan bayi, merancang
tempat bersalin dan macam-macam perkara lagi. Bukan setakat keperluan
material sahaja, tenaga dan masa juga dicurahkan ke tahap maksimum
demi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mendapat hanya yang
terbaik.

Selepas sahaja kelahiran, lebih banyak perhatian ditumpukan kepada
keperluan asas yang sepatutnya diperoleh oleh anak tersebut.
Perhatian tersebut bukan hanya terbatas kepada keperluan asas, malah
kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bagi.

Mungkin bagi ibu bapa ia satu kegembiraan yang tidak terbatas, tapi
pernahkah mereka fikirkan perasaan anak yang lebih tua untuk
berhadapan dengan kedatangan 'orang baru' tersebut.

Perasaan cemburu memanglah satu senario normal yang dialami anak yang
lebih tua. Lebih merisaukan perasaan cemburu tersebut tidak boleh
dibendung malah diluahkan dalam bentuk sikap dan tindak tanduk
negatif.

Sebelum anak yang lebih tua memberontak selepas kelahiran adik
mereka, sebaiknya ibu dan bapa melakukan persediaan awal.

Antara yang boleh dilakukan ialah dengan mengajak mereka sama-sama
berbincang tentang perancangan yang boleh dilakukan bersama setelah
si adik 'muncul' ke dunia kelak.

Sepanjang tempoh mengandung, cuba jelaskan kepada anak bahawa seorang
adik akan lahir dan menjadi rakan padanya. Jelaskan dalam maksud yang
mudah dan ayat yang ringkas mengikut pemahaman mereka.

Sebenarnya, memang tiada masa dan waktu yang tepat untuk memberitahu
kepada anak-anak tentang kelahiran orang baru kepada mereka.

Apabila anda membincangkan tentang fasa mengandung, lihatlah juga
tahap kematangan anak anda serta pemahamannya tentang proses
mengandung tersebut.

Anak yang berusia sekitar enam hingga tujuh tahun contohnya, masih
belum dapat memahami konsep masa, jadi sia-sialah jika anda
memberitahu bahawa bayi dalam perut ini akan lahir dalam beberapa
bulan lagi.

Sebagai alternatif, anda boleh memberitahu mereka bahawa mereka akan
mempunyai seorang adik pada musim tertentu seperti musim cuti sekolah
akan datang ataupun musim perayaan yang akan menjelang tiba.

Ketika mengandung

Berapa banyak pengetahuan yang perlu anda berikan kepada anak yang
lebih tua? Biarkan soalan-soalan anak menjadi panduan anda.

Contohnya, seorang anak yang berusia empat tahun mungkin akan
bertanya soalan seperti ini; Bayi berasal dari mana? sudah tentu anak
anda bukanlah ingin mengetahui tentang seks namun memadailah jika
anda menjelaskan bahawa bayi berasal dari dalam perut ibu. Anak kecil
memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, justeru bersedialah
untuk jawapan yang setimpal namun logik dengan tahap pemikiran kecil
mereka.

Jika anak anda mula menunjukkan sikap teruja terhadap kelahiran adik
mereka, aktiviti ini boleh dicuba.

Pertama, tunjukkan gambar imbasan bayi di dalam perut kepada anak
anda. Kemudian bacakan buku tentang kelahiran bayi. Sesekali anda
boleh membawa anak ke rumah rakan yang mempunyai bayi kecil. Sambil
anda siapkan beg untuk ke hospital, ajak anak anda bersama-sama
menyusun baju bayi dan keperluan lain.

Ajak anak berbincang tentang pemilihan nama bayi yang bakal lahir dan
sesekali bawa anak anda ke pemeriksaan doktor untuk mendengarkan
degupan jantung bayi kepada anak anda.

Apabila tarikh jangkaan melahirkan semakin tiba, rancanglah di mana
hendak letakkan anak-anak sementara anda berada di hospital.
Bincangkan hal tersebut dengan mereka jadi apabila tiba harinya
mereka akan faham dengan apa yang berlaku.

Jadikanlah anak tetamu pertama yang melawat anda selepas anda
melahirkan bayi. Biarkan suasana tersebut intim untuk anda sekeluarga
meraikan kedatangan orang baru dalam keluarga anda.

Bawa bayi ke rumah

Apabila bayi telah sampai ke rumah, jangan sesekali mengabaikan
perhatian terhadap anak yang lain. Pastikan mereka terlibat dalam
setiap aktiviti anda bersama bayi.

Mengikut pemerhatian memang ramai kanak-kanak suka menjaga bayi.
Mereka ingin cuba menukar lampin, menolak kereta sorong, bercakap
dengan bayi, memandi mahupun menolong bayi sedawa.

Memang sikap mereka sebenarnya menambah kepenatan si ibu namun dengan
melayani kehendak mereka sebenarnya memberikan lebih peluang
interaksi positif antara bayi dan kakak atau abang mereka.

Bagaimanapun, jika anak bersifat tidak peduli akan adik baru mereka,
jangan sesekali memaksa, biarkan sifat sayang itu datang seiring
penambahan masa secara semulajadi.

Sekiranya anda ingin menyusukan bayi pula, pastikan anak anda yang
lebih tua tidak mengganggu. Caranya, berikan mereka mainan agar
mereka tidak terasa diabaikan.

Jika bayi anda tidur, cuba maksimumkan masa bersama anak anda, peluk
mereka dan main bersama dapat mengurangkan rasa marah anak tersebut
selepas kehadiran adik dalam hidup mereka.

Berhadapan dengan perasaan

Galakkan anak meluahkan isi hati mereka tentang kehadiran bayi
tersebut. Jika mereka tidak boleh meluahkan perasaan tersebut, jangan
terkejut jika mereka tiba-tiba bercakap pelat.

Jika ini berlangsung, maknanya mereka mahukan masa berdua dengan anda.
Back to top Go down
putraidaman




Number of posts : 6
Registration date : 2009-01-22

Apabila si kecil menerima adik baru Empty
PostSubject: Re: Apabila si kecil menerima adik baru   Apabila si kecil menerima adik baru EmptyThu Jan 29, 2009 11:32 am

waa...klu da adk baru mesti suasana baru akan timbul..lebih lebih lagi klu ibubapa yg sudah lama mengimpikan kelahiran putera/puteri yg baru..ooo best nyee...ni cam permikiran dah matang je ni...okla..bila g mau berumahtanggah?? Very Happy Smile
Back to top Go down
 
Apabila si kecil menerima adik baru
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY :: MOTIVASI (MOTIVIATION)-
Jump to: