MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY

Semuanya tentang kehidupan anda-Sembanglah apa saja topik anda!
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
YAHOO SEARCH

VISITOR LOCATION
IP



WORKSHOP/SEMINAR
WORKSHOP LAMAN WEB

TOPIK: Web Peribadi
TARIKH: 21 atau 22hb 02, 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Laman Minisite
TARIKH: 21 - 22hb 03, 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 500.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


TOPIK: Laman Web Forum
TARIKH: Mac 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 200.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


TOPIK: Laman Web Blog
TARIKH: Mac 2009
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 320.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Home Web Practical
TARIKH: Terbuka
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 70.00 per day
TEMPAT: Rumah anda


USAHAWAN INTERNET

TOPIK: Perniagaan Online
TARIKH: PENUH!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 160.00
TEMPAT: Plaza Flamingo


SEMINAR PELAJAR

TOPIK: Selepas S.P.M
TARIKH: Terbuka!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

TOPIK: Vokasional
TARIKH: Terbuka!
MASA: 9.00 pg - 5 ptg
BAYARAN: RM 120.00
TEMPAT: Plaza Flamingo

Maklumat lanjut:
www.e-webniaga.com
MY GOOGLE GROUP

Email:

BUSINESS INFO

LAMAN BUAL BICARA
POLL ANDA
Poll Anda
ARTIKEL PERNIAGAAN
Teknik mudah untuk berjayaTeknik mudah untuk berjaya!
1. Berjaya kerana SERASI
2. Berjaya kerana SUKA
3. Berjaya kerana JUJUR
4. Berjaya kerana IMPIAN
5. Berjaya kerana GAGAL

Teknik menjual:
Kenali Pelanggan anda!
Menggunakan konsep ASK!
1. APA?
2. SIAPA?
3. KENAPA?
4. KESIMPULAN?

 

Teknik menjual produk:

A. Start with 7 Keys!

1. IMPIAN

2. TEKAD

3. BELAJAR

4. SEMANGAT

5. SABAR

6. KONSISTEN

7. FOKUS



 

 Kencing Malam

Go down 
AuthorMessage
adriana




Number of posts : 11
Registration date : 2009-01-28

Kencing Malam Empty
PostSubject: Kencing Malam   Kencing Malam EmptyWed Feb 11, 2009 10:32 pm

KENCING malam atau `nocturnal enuresis' tidak berlaku kepada kanak-
kanak saja, malah membabitkan ramai lelaki serta wanita dewasa.

Golongan yang mengalami gejala berkenaan juga tidak perlu malu atau
berasa aib mendapatkan nasihat doktor kerana jika tidak diberi
perhatian, masalah itu sukar diselesaikan.

Mengikut kajian, seorang daripada 30 hingga 40 golongan dewasa di
United Kingdom (UK) berdepan masalah kencing malam dan jumlah itu
mungkin hampir sama di kalangan kita.

Walaupun perkara itu biasa berlaku, puncanya tidak jelas biarpun ia
biasa dikaitkan dengan pundi kencing yang meragam.

Kencing malam dalam tidur berlaku apabila pundi kencing penuh dan
isyarat untuk bangun serta menahan kencing gagal diterima otak, maka
individu itu kencing tanpa disedarinya.

Ada beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab kencing malam.
Antaranya, kemungkinan produksi kencing masih lancar waktu malam
(biasanya produksi kencing lancar sebelah pagi).

Jika individu berkenaan terkencing dalam tidur pada waktu malam,
kemungkinan pengeluaran hormon vasopressin kurang, maka buah pinggang
menghasilkan banyak kencing yang tidak dapat dikawal pundi kencing.

Kemungkinan juga pundi kencing tidak besar. Ini bermakna individu itu
tidak dapat menyimpan kencing kurang daripada biasa atau anda
mempunyai pundi kencing yang meragam atau `overactive' .

Apabila pundi kencing meragam atau lebih aktif, otot pundi kencing
tidak melega untuk memberi ruang kepada kencing yang dihasilkan buah
pinggang, maka ia mula mencengkam untuk mengeluarkannya tanpa amaran.

Kemungkinan juga individu itu sukar bangun walaupun pundi kencing
sudah penuh, jadi dia terkencing walaupun dalam tidur. Kajian
menunjukkan kejadian kencing dalam tidur boleh berlaku walaupun
seseorang itu tidur ringan.

Sebab lain termasuk penyakit kencing kotor menyebabkan pundi kencing
radang dan juga tekanan yang boleh mencetuskan kekerapan kencing
malam.

Beberapa perkara boleh dilakukan bagi membantu masalah kencing malam
seperti mendapatkan bantuan doktor untuk menjalani pemeriksaan,
selain membaca risalah gejala terbabit.

Individu itu juga boleh menyimpan diari untuk mencatat waktu selain
perkara yang membuatkannya terkencing dalam tidur. Ini boleh
membuatkannya berjaga-jaga mengenai perkara yang mampu mencetuskan
punca dia kencing malam.

Kita perlu sedar, perkara ini bukan dibuat-buat dan ia berlaku secara
tidak sengaja. Mungkin menenangkan minda dan emosi sedikit sebanyak
dapat mengurangkan kekerapan ia berlaku.

Dalam masa sama, individu itu boleh berusaha membuang air kecil waktu
malam, bangun tidur beberapa jam sebelum waktu kebiasaannya bangun
untuk membuang air kecil dan menggunakan rutin itu jika ia berkesan
menangani masalah terbabit.

Kurangkan minum air sebelum tidur dan pastikan juga buang air kecil
sebelum tidur. Jika menggunakan penyaman udara, pastikan ia tidak
sejuk kerana suhu sejuk boleh meningkatkan proses penghasilan air
kencing.

Kajian menunjukkan individu yang teruja permainan `on-line' komputer
dan tidur kerap mengalami mimpi basah serta kencing malam.

Mereka digalakkan tidak melakukan aktiviti yang membuatkan mereka
mudah teruja sebelum tidur untuk mengelak kencing malam.

Panduan di atas dapat membantu satu daripada enam individu yang
mengalami masalah kencing malam ketika dalam tidur.

Bagaimanapun, jika masalah itu berlarutan, eloklah bertemu doktor.
Back to top Go down
 
Kencing Malam
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIAN ONLINE DISCUSSION COMMUNITY :: PASAR SEMBANG (GENERAL DISCUSSION)-
Jump to: